Jenaka rogol cerminan masalah budaya masyarakat, kata NGO

Jenaka rogol yang disiarkan di khalayak umum mencerminkan masalah budaya masyarakat yang sangat mendalam, customized structure Ketua Kempen, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Abinaya Mohan.

Katanya, gangguan seksual dan pemerkosaan tidak dianggap sebagai serius walaupun ia adalah perbuatan yang merupakan “simbol kejahatan”.

Alasan “nafsu” tidak boleh menghalalkan jenayah rogol, tambahnya, selain berkata, sebagai sebuah komuniti, setiap individu berperanan memastikan si pelaku bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

“Kita sudah play on words berada dalam 2021. Kenyataan seperti ini daripada seseorang yang begitu famous yang menormalkan keganasan seksual tidak boleh diterima sama sekali,” katanya kepada FMT.

Abinaya berkata, bagi memahami keparahan isu jenayah seksual dalam kalangan masyarakat, industri kreatif, khususnya personaliti TV, perlu mendalami ilmu mengenai gangguan seksual atau kekerasan terhadap wanita.

“Industri kreatif mempunyai kekuatan untuk berkomunikasi secara terus dengan khalayak umum, mereka perlu menggambarkan keganasan seksual dan kesamarataan jantina secara bertanggungjawab.
a
“Kita tidak lagi boleh bertahan dan membiarkan kejadian seperti ini berlaku tanpa bersuara,” katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membentangkan segera Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual.

“Kita perlu undang-undang yang lebih baik untuk menangani perkara ini dan melindungi rakyat Malaysia daripada gangguan seksual dan jenaka rogol,” katanya.

Baru-baru ini tular di stage media sosial klip video sebuah program yang menyasikan pelakon Fauzi Nawawi memperincikan babak rogol membabitkan Raja Farah dalam filem Anak Halal yang diterbitkan pada 2007, sekali gus mencetuskan kemarahan warganet.

Dua tetamu undangan lain dalam program itu adalah Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy, yang turut berkongsi pengalaman mengenai watak jahat lakonan mereka.

Susulan kontroversi ini, Fauzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan mengakui beliau langsung tidak berniat memalukan sesiapa.

Sementara itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, sudah tiba masanya mutu karya industri hiburan tempatan melangkah lebih jauh dengan mengangkat tema kritikan sosial, budaya, politik dan kemasyarakatan yang membina jati diri dan pemikiran masyarakat.

Tegasnya, kemungkinan perbualan dalam kalangan golongan lelaki berlangsung tidak terkawal bukan alasan konkrit bagi menjelaskan kontroversi itu.

“Lawak dan perbualan lucah tidak seharusnya dijadikan ordinary dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila ia disiarkan di kaca televisyen yang akan ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau turut menggesa agar RUU Gangguan Seksual segera dibentangkan dan dikuatkuasakan.

“Isu perlecehan maruah wanita masih terus berlaku rentetan tiada akta yang benar-benar melindungi wanita dalam isu ini,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open